Monday 28 April 2014

Pemilihan Terbuka Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Bagi Zon Bandar Tun Razak dan Zon Wangsa Maju/Keramat

PEMILIHAN TERBUKA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (PPBN) BAGI ZON BANDAR TUN RAZAK DAN ZON WANGSA MAJU/KERAMAT

Sukacita dimaklumkan bahawa pemilihan terbuka Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) bagi murid sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diadakan seperti maklumat berikut:



1.    Pemilihan terbuka ini disasarkan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 7 hingga 12 tahun dan akan dikendalikan oleh para jurulatih serta pegawai dari Unit Bola Sepak MSN di bawah progam PPBN, dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Pihak MSN/KPM TIDAK menyediakan sajian makanan, minuman dan kemudahan pengangkutan kepada semua murid yang berminat menghadiri sesi pemilihan tersebut. Ibubapa dipohon mengiringi anak masing-masing bagi menghadiri  sesi pemilihan ini.

3.   Semua murid yang berminat dan tinggal berhampiran pusat yang dinyatakan, digalakkan untuk hadir beramai-ramai ke sesi pemilihan terbuka ini.

Sunday 27 April 2014

Perlawanan Liga Piala Remaja KPM-FAM 2014

Perlawanan ke 56P Liga Perdana Liga Piala Remaja KPM-FAM 2014 telah dijalankan dengan jayanya di Stadium Mini SMK Gunung Rapat , Ipoh, Perak pada 26 April 2014. SMK Gunung Gunung Rapat (SSN Perak ) melawan SMK Tun Hussien Onn ( SSN Johor).Perlawanan ini berkesudahan dengan SMK Tun Hussien Onn berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 3 - 1.

Barisan kesebelasan utama pasukan SMK Tun Hussien Onn (SSN Johor) yang berjaya mempamerkan perlawanan yang menarik .

Monday 21 April 2014

Majlis The 1st National Symposium For The Youth Coaches - Changing The Way We Think

Majlis Persidangan untuk jurulatih pembangunan ini telah diadakan di Palace Golden Hotel di Seri Kembangan, Sungai Besi. Pada 22 hingga 24 April 2014 .

Saturday 19 April 2014

SEKITAR PERLAWANAN LIGA PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SMK MUTIARA IMPIAN (SSN PULAU PINANG MELAWAN SMK TUN HUSSIEN ONN (SSN JOHOR )

Perlawanan telah dijalankan pada 12 April 2014  di Stadium Mini SMK Mutiara Impian , Simpang Ampat, Pulau Pinang . perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri 1 - 1 .





Wednesday 9 April 2014

Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara dan MajlisPerasmian Akademik Bola Sepak Negara

Semua Warga Liga Bola Sepak KPM dijemput hadir ke
Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara & Majlis Perasmian Akademik Bola Sepak Negara
Oleh 
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak 
Perdana Menteri Malaysia
Pada 
10 April 2014 
3 petang 
Akademik Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang.

KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN  LIGA BOLA SEPAK KPM  12 MEI 2018  SABTU