Monday 28 April 2014

Pemilihan Terbuka Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Bagi Zon Bandar Tun Razak dan Zon Wangsa Maju/Keramat

PEMILIHAN TERBUKA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (PPBN) BAGI ZON BANDAR TUN RAZAK DAN ZON WANGSA MAJU/KERAMAT

Sukacita dimaklumkan bahawa pemilihan terbuka Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) bagi murid sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diadakan seperti maklumat berikut:



1.    Pemilihan terbuka ini disasarkan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 7 hingga 12 tahun dan akan dikendalikan oleh para jurulatih serta pegawai dari Unit Bola Sepak MSN di bawah progam PPBN, dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Pihak MSN/KPM TIDAK menyediakan sajian makanan, minuman dan kemudahan pengangkutan kepada semua murid yang berminat menghadiri sesi pemilihan tersebut. Ibubapa dipohon mengiringi anak masing-masing bagi menghadiri  sesi pemilihan ini.

3.   Semua murid yang berminat dan tinggal berhampiran pusat yang dinyatakan, digalakkan untuk hadir beramai-ramai ke sesi pemilihan terbuka ini.

No comments:

Post a Comment

KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN  LIGA BOLA SEPAK KPM  12 MEI 2018  SABTU